Tentera Israel melancarkan satu lagi serangan udara pada Isnin di semenanjung Gaza dengan membedil terowong dan rumah milik komander Hamas.<br />Serangan terbaru itu turut memusnahkan bangunan lima tingkat yang menempatkan Kementerian Hal Ehwal Agama yang dikendalikan Hamas, bangunan yang didakwa Israel menempatkan pusat operasi utama pasukan keselamatan dalaman Hamas.
